RESEPI APAM BERAS ENO SIMPLE

haaaaaaaaaaaaaaa... tak penah kan saya post resepi kat sini.. sbb saya bukan good cook... kene admit la.... nak dpt pujian usben pun susah... kalau tanya usben, sedap tak aty masak?? jawapan dia "hmmmmmmmm" tu je la selalunya....

So hari ni nak cite pasal satu resepi yg mmg saya terer gila-gila masak, tutup mata pun boleh buat (cewah, tp tak leh la tutup mata, nak kacau adunan macam mana kan..) resepi APAM BERAS ENO

FYI, dari saya kecik mak saya buat kuih muih untuk jualan.. waktu kecik-kecik dulu, arwah opah pun meniaga kuih muih.. so mak mewarisi dari arwah opah talent dia yang satu nie... mak punya kuih mmg TIPTOP... for me, kuih mak and arwah opah buat yang paling sedap penah saya makan.. (mana ada org ckp yg mak dia masak tak sedap kan, bias betol) tapi seriouslyyyyy.. mak saya buat kuih sedap... 

so berbalik  kepada cerita apam nie.. mak akan hantar kuih untuk dijual pagi2 kat surau taman lknp dekat pakcik tu.. ada satu je situ, org taman lknp sure tau.... so every day, saya la tukang bancuh apam utk dijual nya... pukul 7 malam mak akan suh saya bancuh apam.. utk dia kukus pagi2 subuh untuk hantar jual... selalu yg kukusnya mak.. saya buat bancuhan jep n tukang hantar kuih.... (tapi dolu-dolu selalu merungut kat mak.. mls hantar kuih, sian mak melayan anak dia yg sorg nie pemalas)

jom kita cekidaut resepi apam beras eno simple gila nie... tapi sedap...

bahan-bahan:-
  1. 1 paket tepung beras (cap teratai the best)
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan tapai beras/pulut
  4. 3-4 cawan air (boleh lebihkan sikit kalau bancuhan terlalu pekat)
  5. 1sudu kecik eno (kaler biru)
  6. 1 biji Kelapa parut 
Cara-caranya:
  1. Masukkan gula, tapai dan 1 cawan air ke dalam blender... blend sehingga hancur...
  2. Masukan bahan yang telah di blend bersama-sama tepung beras ke dalam bekas adunan.
  3. Masukkan 2 cawan air dan kacau sehingga sebati. (jika adunan terlalu pekat, masukkan 1 cawan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair adunan tu)
  4. Tapiskan adunan tadi ke dalam bekas yang bertutup (bekas biar besar, sebab adunan akn naik kembang), Biarkan selama 5 - 6 jam.
  5. selepas 6 jam (adunan dah kembang) kacau dan masukkan 1 sudu kecik eno.
  6. Didihkan air pengukus. bila dah betul-betul mendidih, baru start masukkan adunan dalam acuan comel2 tu... (setiap kali nak masukkan adunan kene kacau dulu) kalau tak nanti apam tak naik. JANGAN LETAK SEPENUH-PENUH ACUAN, NANTI APAM KEMBANG TAK CANTIK (sebab dia melimpah2).
  7. Kukus selama 20-25 minit.. JANGAN TUTUP BUKA PENUTUP PENGUKUS TU!!! 
  8. sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut (letak garam sikit dlm kelapa parut kalau nak sedap)
Tips berguna : 

1. bila nak buka penutup tu kena cepat-cepat, jangan slow motion, nanti air peluh kat pengukus jatuh atas apam, kita menangis tgk.... cacat dah apam aku .. hehehe

2. Kalau anda pengguna Mealshake Shaklee, boleh masukkan 1 or 2 sudu dalam adunan nak bagi sedap dan berkhasiat lagi untuk anak-anak.

3. Kalau nak apam jadi berkaler-kaler, letak pewarna je... saya suka apam putih... hehehe...

SELAMAT MENCUBA!!! KALAU BERJAYA BOLEH POST GAMBAR KAT BLOG SAYA SEMULA.... 

sumber : honeym69.blogspot.com
p/s: selama nie buat apam tak terfikir nak amik gambar.. nanti saya buat apam lagi saya post gambar apamnya.... ;)

ATY FATRY