GEMUK AIR TAPI NAK KURUS MACAM MANA????

Assalammualaikum,

Ramai di antara kita hadapi masalah kegemukan, tak kisahlah gemuk lemak ke, gemuk air ke, gemuk daging ke, gemuk angin ke.. ianya tetap GEMUK! tak suka gemuk kan? siapa yang suka dia gemuk kan? badan rasa tak sihat, tak bermaya, lemah, lesu, MALAS lepas tu, macam-macam la penyakit mula datang kan...


Tapi hari nie nak cerita pasal GEMUK AIR je.... 





Saya akan kongiskan rahsia untuk atasi GEMUK AIR nie.....
Masalah obesiti atau kegemukan bukanlah sesuatu yang baru melanda pada negara kita. Malah, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya mempunyai masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara.
Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?
Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda KEKURANGAN AIR. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  JARANG (sebab tu kene minum 3 liter air sehari) mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
Antara punca lain gemuk air adalah kerana TERLALU BANYAK GARAM di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Jadi, apakah jalan penyelesaian  terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Nak atasinya mudah je!! try 5 tips dibawah:-
1.   Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya lebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  kandungan garam yang tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam MAKANAN SEGERA.



3. Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Kalau anda mengalami masalah gemuk air senaman yang disyorkan ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang. 
4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting dala piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan KULIT CANTIK.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan VITAMIN C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah ELAKKAN daripada mengambil makanan yang TINGGI KALORI.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti COKLAT dan PIZZA. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

haaaa.. senang je kan... cubalah amalkan.. supaya kita semua berjaya atasI MASALAH GEMUK AIR nie.....


tips lagi... dari @kevinzahri

Berminat juga nak dapatkan supplement untuk kurus? jom contact saya kita chitchat masalah yang anda hadapi.. sedia membantu sentiasa .. 0163280877 (Aty Fatry)

Berikut ialah cadangan set kurus yang mungkin boleh anda pertimbangkan.... Harga dari RM106.25 (Alfalfa + Lecithin)