CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SELERA MAKAN

Azam tahun ni untuk eat healthy, tapi nafsu sekarang tengah membuak-buak.  Lagipulak tengah breastfeed 2 orang anak sekaligus.  Jadi makan memang tak ingat dunia, bila di google cara untuk mengurangkan selera makan dapat la tip-tip nie dari blogger lain. link saya ada letak kat bawah tu.....

Kadang-kadang perut dah kenyang pun tapi tetap nak makan, DANGER ZONE.  jadi nie tip-tip yang kita boleh amal bersama-sama bagi yang NAK KURUS la....

1. Utamakan minum air 

Minum air sebelum makan makanan berat. Minum air selalu (not less than 2 Litre) akan membuatkan anda sentiasa kenyang, membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Minum air sentiasa akan memudahkan penghadaman, memudahkan pembuangan air kecil dan besar. 


2. Makan buah sebelum makan makanan berat

Adalah lebih baik jika didahulukan dengan memakan buah sebelum mengambil sebarang carbohydrate, kerana ia akan memudahkan proses penghadaman berlaku, malah membantu utk mengurangkan pengambilan calorie dlm makanan berat.


3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Makanan dan minuman manis akan menaikkan kadar insulin, yg akan mengakibatkan anda cenderung untuk makan lebih. Makanan dan minuman manis selalunya mempunyai calorie yg tinggi, dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.


4. Mengunyah berulang kali

Anda perlukan masa 20 minit untuk merasa kenyang. Untuk mencapai 20 minit, kurangkan pengambilan makanan dan mengunyahnya sehingga berulang-ulang kali. Setelah 20 minit, akan mencapai mesej pd perut telah merasa kenyang. Kunyah berulang kali juga elok untuk penghadaman yang bagus. Sebaik-baik mengunyah adalah sebanyak 40 kali.


5. Tekanan menjurus memakan berlebihan

Untuk mengawal nafsu makan, elakkan diri daripada merasa tekanan. Hal ini kerana tekanan diri boleh mengeluarkan hormone Cortisol yg mempengaruhi kenaikan insulin dan selera makan.  Anda boleh melepaskan tekanan dengan melakukan senaman aktif yang menghiburkan. 


6. Makan makanan bersumberkan protein

Memakan protein lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yg enak. Tapi sebaiknya adalah sumber protein yg original supaya dapat mengelakkan daripada pengambilan calorie berlebihan dan lemak tepu. Contohnya, ayam.

SUMBER DARI : http://health.mylaunchpad.com.my/